WordPress For Business
sila baca pesanan ini sebelum meneruskan bayaranWordPress For Business
Tahniah saya ucapkan kerana anda telah memilih untuk meneruskan perjalanan mempelajari WordPress dengan lebih mendalam.
Namun begitu, perlu saya ingatkan, kelas ini tidak akan mendatangkan hasil serta-merta. Anda perlu membina blog anda dalam tempoh 6 hingga 12 bulan untuk melihat hasil yang di inginkan.
Sekiranya anda inginkan hasil yang cepat, Kelas ini bukan untuk anda.
Saya syorkan anda untuk tidak mendaftar kelas ini kerana ianya hanya akan membuatkan anda berasa rugi.
Membina perhubungan jangka masa panjang
Menggunakan blog adalah satu medium pemasaran kos rendah yang membolehkan anda membina perhubungan jangka masa panjang.
Saya sebelum ini memasarkan perkhidmatan membina laman sesawang saya, hanya menggunakan blog tanpa sebarang iklan berbayar di mana-mana.
ianya berlangsung selama beberapa tahun dan perniagaan itu masih terus berjalan hingga sekarang.
Kuasa Pemasaran Enjin Carian
Jika anda boleh menguasai enjin carian untuk pasaran produk dan perkhidmatan anda, ini adalah perkara yang paling penting yang boleh dicapai melalui blog WordPress yang dibina.
Pelanggan anda menggunakan google.com untuk membuat carian, dan mereka menemui laman anda untuk dibuat rujukan. Selebihnya adalah proses untuk mengatur bagaimana bayaran perlu dibuat sahaja.
Pelanggan yang lapar ini, akan meragut tawaran keemasan yang dihidangkan di hadapan mereka.
Remarketing
Ini satu lagi kelebihan apabila anda mempunyai blog WordPress anda sendiri, anda boleh menjalankan kempen remarketing atau retargetting menggunakan FB Ads mahupun Google Adwords (dua ni saya tak ajar dalam kelas ini), tapi saya akan kongsikan bagaimana anda boleh memasang tracking pixel dengan mudah.
Rancang pemasaran lebih awal
Menggunakan blog WordPress, anda boleh merancang plan pemasaran anda lebih awal. Bukan sekadar seminggu lebih awal, bahkan setahun lebih awal.
Ini semua disebabkan perancangan dan strategi yang dikongsikan dalam kelas WordPress For Business itu nanti.
Mengatasi lawan anda
Menggunakan blog WordPress, anda boleh mengatasi lawan anda daripada banyak sudut, ini sesuatu yang tidak boleh ditiru walaupun mereka tahu menggunakan WordPress.
Kenapa? Perkongsian mahal ini akan dilakukan secara eksklusif dalam kelas WordPress For Business nanti.